Latar belakang
Beliau merupakan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Sunway.
Beliau dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai 6 orang adik beradik.
Beliau menerima pendidikan tinggi di Footscary Institute of Technology yang
kini dikenali sebagai Victoria University of Tchnology, Australia. Selepas
tamat pengajian, beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan di kilang
pemasangan motor.
Kejayaan
Kumpulan Sunway berjaya menempuh tiga kemelesetan ekonomi
dengan jayanya. Pada tahun 1974, beliau memulakan syarikat perlombongan bijih
timah, iaitu Syarikat Sungei Way dengan modal berbayar sebanyak RM100,000, yang
kemudiannya dinamakan “Sunway”.
Pada tahun 1977, kemelesetan ekonomi melanda. Walaupun
demikian, syarikatnya dapat bertahan. Bagi tahun-tahun berikutnya, bijih timah
habis dilombong dan berikutan itu, beliau menukarkan lombong bijih timah kepada
lombong kuari dan pasir. Prestasi syarikatnya memberangsangkan dan hasilnya, ia
berjaya disenaraikan dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1984
sebagai Sunway Holdings Berhad.
Pada bulan Februari 2014, beliau merupakan antara 20
orang terkaya di Malaysia yang dinamakan oleh Malaysian Business, dengan
kekayaan dianggarkan sebanyak MYR 2.15 bilion.
Cabaran yang dihadapi
Pada tahun 1985, Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi.
Kali ini, kesan yang dirasai adalah lebih ketara. Menjelang tahun 1987, Sunway
Holdings Berhad mencatatkan kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang
sahamnya. Namun, mereka masih dapat bertahan.
Pelbagaikan perniagaan
Selepas kemelesetan ekonomi berakhir, Tan Sri Dr. Jeffrey
Cheah mula mengambil langkah lbagi menebarkan risiko syarikatnya dengan
mempelbagaikan perniagaan yang diceburinya, Sunway Holdings Berhad mula
melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah, pelaburan hartanah,
pembuatan dan perniagaan berkaitan hiburan.
Selepas itu, beliau menyenaraikan tiga buah syarikat
lagi, iaitu Sunway City Berhad, Sunway Construction Berhad dan Sunway Building
Technology Berhad.
Kegawatan ekonomi
Beliau memastikan syarikat membayar gaji tepat pada
waktunya. Ini bagi mendapatkan sokongan penuh semua pekerjanya. Serentak dengan
itu, beliau memulakan langkah mengurangkan kos dengan cara menjual jentera yang
tidka diperlukan dan menutup perniagaan yang tidak mendatangkan hasil.
Beliau sendiri mengurangkan gajinya. Beliau juga mengubah
gaya hidupnya bagi mengurangkan gaya yang bermewah-mewah dan membazir.
Sejarah Bandar Sunway
Ramai yang tidak yakin dengan kemampuan Tan Sri Dr. Jeffrey
Cheah bagi menjayakan projek perumahan di atas bekas lombong. Kini, lombong
bijih timah yang sudah ditebus guna adalah Bandar Sunway.
Anugerah
Beliau pernah menerima beberapa anugerah, antaranya
ialah:
Pada tahun 1996 juga, Sunway Holdings Bhd. Dinamakn sebagai
syarikat terbaik yang diuruskan oleh majalah Asia money. Tan Sri Dr. Jeffrey
Cheah juga pernah dianugerahkan lapan doktor kehormat oleh beberapa universiti
antarabangsa.
Perkembangan di peringkat antarabangsa
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah banyak mencari peluang
perniagaan di luar negara seperti di Australia, Taiwan dan India. Pada masa
yang sama, beliau mengadakan perkongsian bijak dan usaha sama dangan beberapa
pihak seperti Syarikat Pelaburan Kerajaan Singapura.
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah juga adalah Pengasas Institut
Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), iaitu institut yang ditubuhkan bagi
menggalakkan perdagangan dan pelaburan antarabangsa melalui dialog di peringkay
tinggi.
Sumbangan
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah yang berasal dari Perak ini
seorang yang dermawan. Beliau melibatkan diri dalam beberapa persatuan
kebajikan, antaranya ialah:
- Yayasan Buah Pinggan Malaysia,
- Yayasan Hati Malaysia dan Persatuan Hakka Malaysia.
Dua buah projeknya, iaitu Kolej Sunway dan Monash
University juga ditubuhkan sebagai institusi pendidikan bukan untung.
Rahsia Kejayaan
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah orang yang suka belajar
daripada kesilapan. Selain bergantung pada fakta, beliau juga tidak lupa
memanfaaatkan gerak hati dan menggunakannya dalam membuat keputusan. Belaiu
juag tidak membiarkan emosi menguasai dirinya.
Beliau membuat keputusan berdasarkan akal, dan bukan
emosi. Beliau juag suka mengambil risiko. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah juga
mementingkan kebolehpercayaan dan integriti. Contohnya, beliau sentiasa
memastikan segalan hutang kepada pihak bank dijelaskan dengan sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment