Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April 1964; juga
dikenali sebagai Tony Fernandes ialah
seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang
memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya,
"Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran
sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit
kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk
peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit
Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura,
apabila dia meminta bekasPerdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat
demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah
bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan
syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Pra-masa pengusahan
Fernandez ialah
seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur,
Malaysia. Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena
Dorothy Fernandes. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang
peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987, dia bekerja sebentar
dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun 1987
sehingga tahun 1989,
dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.
Sewaktu kembali
ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.Selanjutnya
dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music.
Pada masa Time Warner Inc. bergabung
dengan America Online, Fernandes meninggalkan
syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat
penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.
Pelancaran AirAsia
Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat
peluang bertemu dengan Dr.Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa
itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah
mengalami kesulitan disebabkan tanggunganhutang yang terlalu tinggi. Kerajaan
telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh
sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat
penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya,
Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli
syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu
mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang
berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa
selepas 11hb September, 2001,
suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan,
menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila"
kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang.
Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis.
Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan
hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia
dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan
memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima
kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang
dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb
September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40
peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada
masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di
perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia
akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos,
terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru
sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika
Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang
paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada
pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali
pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira
bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal
terbang.
Pencapaian dan anugerah
Pencapaian Fernandes yang terbesar
ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan
antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah
Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada
pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan
cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas
permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan
sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang
rendah yang lain.
Ferdandes juga berjaya merevolusikan
perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah.
Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:
- Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
- Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia;
- Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan
- Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.
Fernandes telah
menerima banyak anugerah, termasuknya:
- "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
- "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
- "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
- "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.
No comments:
Post a Comment